Monday, March 1, 2010

Menuju kehancuran


Setiap hari bekerja, akhbar The Sun dan The Malay Mail merupakan akhbar yang wajib saya ambil kerana PERCUMA sahaja. Hanya hulurkan tangan, maklumat dunia semasa sedia untuk dibaca. Walaupun dengan kehadiran laman- laman web yang semakin bertambah, akhbar hardcopy masih menjadi pilihan ramai warga kota.

Menuju ke stesen Putra LRT di KLCC, sambil membelek - belek surat khabar, mencari berita - berita panas di Malaysia dan di seluruh dunia. Fuuhh, nampaknya Malaysia sudah 'maju'. Untuk melihat gambar - gambar yang 18SX, tidak perlu lagi ke kafe siber, tidak perlu lagi mencuri - curi tengok, segalanya terpampang di dada - dada akhbar. Malaysia ku sudah 'maju' rupanya.

Mata saya menangkap satu heading yang pelik untuk ditafsirkan oleh otak, tapi itulah yang terpampang. 5200 manusia berkumpul di Opera Sydney House. Itu tak pelik. Berkumpul atas nama seni. Biasalah tu. 5200 manusia menelanjangkan diri mereka di Opera House atas nama seni. Itu baru tajuk berita. Nak percaya ke tak ni ek? Percaya ke tak?



Tunick's nude shoot draws 5,200 in Sydney

'It doesn't feel sexual, it just feels tribal, a gathering of humanity.'
—Participant Art Rush

Kegilaan terbaru abad ini. Hancur. Untuk berita penuh, http://www.cbc.ca/arts/artdesign/story/2010/03/01/tunick-sydney-opera-house.html.

Baru semalam ketika saya menuggu giliran untuk menggunting rambut, lantas mencapai Metro Ahad mencari - cari berita panas Malaysia. Nampaknya tak perlu belek - membelek, terpampang di muka hadapan gambar seorang artis wanita. Gayanya memang mengalahkan artis Hollywood, Bollywood and Robin Hood. Sambil menyilang tangan di hadapan dadanya, menampakkan dengan jelas bentuk dan lurah kedua buah dadanya yang sepatutnya ditutup elok dari pandangan umum. Tapi, seluruh Malaysia menyaksikan gambar menggiurkan isteri kepada seorang lelaki dayus(kalau ada suami la) .

Jika Metro Ahad dicetak ratusan ribu, maka ratusan ribu itulah yang mendapat rezeki percuma pada hari itu ditambah dengan kehilangan bertan - tan ilmu setelah memandang gambar itu. Belum dicampur terbangnya ayat suci al Quran yang dihafaz dari kepala masing - masing. Nak tengok gambar? Maaf la, tak pandai melukis.

Maka, tidak terkejutlah saya apabila seorang perunding motivasi yang mengadakan satu kem motivasi di sebuah sekolah yang pelajarnya dikira tidak banyak bermasalah, berkongsi dengan kami satu fakta yang terkejut beruk dibuatnya. 70% angka yang dicatatkan. 70% atau 7 daripada 10 orang pelajar wanita yang menyertai kem itu mengaku pernah berzina, berkhalwat, membuat hubungan seks, seks sebelum kahwin atau apa lagi namanya.

Pengakuan itu dibuat setelah perunding motivasi itu mengadakan satu sesi muhasabah yang mungkin mengejutkan mereka dari tidur agaknya. Sama - sama kita memohon agar Allah S.W.T mengampunkan dosa - dosa akibat kejahilan mereka dan mengurniakan hidayat kepada mereka dan kita.

Bagaimanakah masa - depan mereka agaknya? Bagaimana masa depan anak - anak kita nanti? Mungkinkah Malaysia inimenuju kehancuran dari dalam? Seperti sang anai - anai yang memakan pokok dari dalam. Luarannya pokok nampak teguh, diketuk sedikit berderailah semuanya.

Jawapan yang pasti, berpegang dengan Islam, selamat dan berjaya dunia akhirat. Warisi pemerintahahan para anbia', majulah umat. Bersama dengan ulama', selamatlah insan. Baca dan fahami al Quran, itulah kunci kejayaan.

Thursday, February 25, 2010

Putra LRT - Penyelesaian kepada kesesakan?


"Next train, 2 coach to KELANA JAYA."

Hampir setiap hari Putra LRT menjadi pilihan saya untuk ke PETRONAS Twin Towers. 20 minit daripada Terminal Putra ke Stesen KLCC merupakan satu cabaran besar kepada semua orang. Haha. Kenapa satu cabaran? Tak perlu berlari pun, hanya berdiri sambil melihat lagat orang KL berpusu - pusu ke tempat kerja.

Putra LRT atau kata sinonimnya, kereta sardin (pada waktu puncak) betul - betul menguji ketebalan iman. Penumpang yang memilih Terminal Putra sebagai stesen tidaklah terlalu ramai,namun apabila sampai ke stesen Taman Melati atau Wangsa Maju atau Setiawangsa cukup - cukup mendebarkan. Bagaikan perhimpunan sekolah saya 5 tahun lepas, begitulah mereka berbaris untuk menaiki train.

Sebaik sahaja pintu terbuka, woooshhhh....masing - masing melangkah mesuk ke train. Train yang asalnya tenang, mula penuh dengan manusia. Kini, cabarannya bermula. Jeng - jeng.

Tanpa mengenal lelaki wanita, masing - masing menghimpit,dihimpit, terhimpit untuk mendapat tempat di dalam train. Kehimpitan itu yang menguji iman, sebenarnya. Bayangkan, seorang wanita dikelilingi beberapa lelaki di tepinya...ish, mungkin perkataan dikelilingi bukan perkataan sesuai, tapi saya gunakan perkataan itu buat masa ini. Malangnya, LRT bukanlah atu kenderaan yang mempunyai sistem suspensi yang baik, bukan seperti suspensi Team F1 Mercedez PETRONAS atau silver arrow. Amat sukar untuk anda berdiri statik.

Tidak dinafikan manusia yang sanggup bangun pagi - pagi mencari rezeki tergolong dalam orang baik - baik, tapi bukankah lebih baik sekiranya perkara yang harus dielakkan kita elakkan? Menjadi ikan sardin dalam LRT, bukanlah solusi yang baik.

Teringat seorang kawan yang membentangkan satu idea ketika membentangkan tajuknya. Beliau membentangkan idea kepada pensyarah untuk kafe diasingkan kepada bahagian lelaki dan wanita, agar tiada percampuran antara wanita dan lelaki.

Selesai pembentangan, pensyarah wanita tersebut (non muslim) bertanya,

" Is it relevan? Is it when you, men see women, you only see as sex object? Is it like that? Of course you, men are better than that, right?"

Pendapat saya, mungkin dalam hal kafe tadi, tidak perlu sampai mengasingkan bahagian lelaki dan wanita melihat kepada situasi di universiti pada masa ini.

Berhimpitan lelaki wanita dalam LRT? Itu yang peliknya. Walaupun niatnya bukanlah untuk melakukan sexual harassment, tapi bukankah ada solusi yang lebih baik.

Beberapa train 4 koc sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan dalam train. Terima kasih kerana bijak membelanjakan keuntungan syarikat untuk keselesaan penumpang. Tapi, masalah masih tak selesai.

Men and women are required to ride in separate during rush hour to prevent sexual harassment, so please remember to practice your frottage skills elsewhere.
Ini saya dapat daripada http://www.subways.net/mexico/mexicocity.htm. Mungkin di negara terbabit, sexual harassment berleluasa sehingga perlu dijadikan undang- undang demikian .

Relevankan di Malaysia? Mungkinkah jika dipraktikan pengasingan lelaki dan wanita dalam LRT, maka timbullah suara - suara yang mengatakan ini perkara kolot? Itu peraturan rimba? Haha. Inilah Malaysia. Jika undang- undang tersebut dicadangkan atas nama Islam, dan tidak selari dengan nafsu, maka secepat busur yang melayang, secepat itulah golongan - golongan pelik akan membantah. Suratkhabar, memo, televisyen merupakan permainanan mereka.

Mungkin kerajaan Malaysia dapat mengoptimumkan perbelanjaan dan mengumumkan lebih banyak kemudahan pengangkutan untuk kemudahan rakyat. Juara Rakyat slogan yang diumumkan. Memang itulah peranannya, kerana itulah adanya kerajaan. Duit kerajaan bukan duit mana - mana perti, duit kerajaan adalah duit rakyat. Parti politik nak buat bilik gerakan ke, cula undi ke, konvoi ke gunalah duit parti (kalau ada). Timbul tanggapan terhadap beberapa parti, nampak dari pandangan kasar tak mempunyai sumber kewangan, tapi prasarana, program dan komisen untuk ahli turun program, kalah gaji saya praktikal. Haha.