Monday, March 1, 2010

Menuju kehancuran


Setiap hari bekerja, akhbar The Sun dan The Malay Mail merupakan akhbar yang wajib saya ambil kerana PERCUMA sahaja. Hanya hulurkan tangan, maklumat dunia semasa sedia untuk dibaca. Walaupun dengan kehadiran laman- laman web yang semakin bertambah, akhbar hardcopy masih menjadi pilihan ramai warga kota.

Menuju ke stesen Putra LRT di KLCC, sambil membelek - belek surat khabar, mencari berita - berita panas di Malaysia dan di seluruh dunia. Fuuhh, nampaknya Malaysia sudah 'maju'. Untuk melihat gambar - gambar yang 18SX, tidak perlu lagi ke kafe siber, tidak perlu lagi mencuri - curi tengok, segalanya terpampang di dada - dada akhbar. Malaysia ku sudah 'maju' rupanya.

Mata saya menangkap satu heading yang pelik untuk ditafsirkan oleh otak, tapi itulah yang terpampang. 5200 manusia berkumpul di Opera Sydney House. Itu tak pelik. Berkumpul atas nama seni. Biasalah tu. 5200 manusia menelanjangkan diri mereka di Opera House atas nama seni. Itu baru tajuk berita. Nak percaya ke tak ni ek? Percaya ke tak?



Tunick's nude shoot draws 5,200 in Sydney

'It doesn't feel sexual, it just feels tribal, a gathering of humanity.'
—Participant Art Rush

Kegilaan terbaru abad ini. Hancur. Untuk berita penuh, http://www.cbc.ca/arts/artdesign/story/2010/03/01/tunick-sydney-opera-house.html.

Baru semalam ketika saya menuggu giliran untuk menggunting rambut, lantas mencapai Metro Ahad mencari - cari berita panas Malaysia. Nampaknya tak perlu belek - membelek, terpampang di muka hadapan gambar seorang artis wanita. Gayanya memang mengalahkan artis Hollywood, Bollywood and Robin Hood. Sambil menyilang tangan di hadapan dadanya, menampakkan dengan jelas bentuk dan lurah kedua buah dadanya yang sepatutnya ditutup elok dari pandangan umum. Tapi, seluruh Malaysia menyaksikan gambar menggiurkan isteri kepada seorang lelaki dayus(kalau ada suami la) .

Jika Metro Ahad dicetak ratusan ribu, maka ratusan ribu itulah yang mendapat rezeki percuma pada hari itu ditambah dengan kehilangan bertan - tan ilmu setelah memandang gambar itu. Belum dicampur terbangnya ayat suci al Quran yang dihafaz dari kepala masing - masing. Nak tengok gambar? Maaf la, tak pandai melukis.

Maka, tidak terkejutlah saya apabila seorang perunding motivasi yang mengadakan satu kem motivasi di sebuah sekolah yang pelajarnya dikira tidak banyak bermasalah, berkongsi dengan kami satu fakta yang terkejut beruk dibuatnya. 70% angka yang dicatatkan. 70% atau 7 daripada 10 orang pelajar wanita yang menyertai kem itu mengaku pernah berzina, berkhalwat, membuat hubungan seks, seks sebelum kahwin atau apa lagi namanya.

Pengakuan itu dibuat setelah perunding motivasi itu mengadakan satu sesi muhasabah yang mungkin mengejutkan mereka dari tidur agaknya. Sama - sama kita memohon agar Allah S.W.T mengampunkan dosa - dosa akibat kejahilan mereka dan mengurniakan hidayat kepada mereka dan kita.

Bagaimanakah masa - depan mereka agaknya? Bagaimana masa depan anak - anak kita nanti? Mungkinkah Malaysia inimenuju kehancuran dari dalam? Seperti sang anai - anai yang memakan pokok dari dalam. Luarannya pokok nampak teguh, diketuk sedikit berderailah semuanya.

Jawapan yang pasti, berpegang dengan Islam, selamat dan berjaya dunia akhirat. Warisi pemerintahahan para anbia', majulah umat. Bersama dengan ulama', selamatlah insan. Baca dan fahami al Quran, itulah kunci kejayaan.

No comments:

Post a Comment